Isnin, 6 September 2010

RPT Tapisan Air Disinari Lampu Jalan

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini lebih ceria apabila kawasan perumahan ini mula disinari lampu jalan bermula pada 1 September 2010 yang lalu. Kemudahan awam ini sudah lama ditunggu-tunggu memandangkan utama berhampiran dengan tebing yang tinggi, membahayakan pengguna pada waktu malam terutamanya di simpang jalan. Dengan adanya lampu jalan ini juga dapat mengurangkan risiko kegiatan jenayah dan gejala sosial yang sering berlaku dalam keadaan gelap gelita. Seluruh penduduk kawasan petempatan ini mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Dewan Bandaraya Ipoh dan semua pihak yang terlibat dalam usaha mendapatkan kemudahan lampu jalan ini.